Skip to main content

DYMM Sultan Ibrahim lbni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail lbni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Perasmian Stesen Janakuasa Southern Power Generation (SPG) di Pasir Gudang pada 22 Mac 2022. Stesen yang dimasyhurkan sebagai Sultan Ibrahim Power Plant ini merupakan loji janakuasa komersial pertama di dunia menggunakan turbin gas berteknologi paling cekap dihasilkan oleh General Electric (GE).

Pembinaan SPG dengan kos RM4.7 bilion ini adalah gabungan usaha sama diantara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan SIPP Energy Sdn Bhd dan menjadi satu mercu tanda pembangunan industri penjanaan elektrik di Johor dan selatan tanah air.

Dengan kepakaran yang tinggi dan pengalaman yang luas TNB REMACO telah dilantik sebagai Operator untuk operasi dan senggaraan di Stesen Janakuasa Sultan lbrahim.
SIPP yang telah dianugerahkan “Plant of the Year 2021” oleh majalah POWER (American-based magazine) ini, telah menjadi satu mercu tanda pembangunan industri penjanaan elektrik di negeri Johor Darul Takzim dan selatan Malaysia.

Close Menu

TNB Repair And Maintenance Sdn. Bhd.

Level 23A PJX-HM Shah Tower,
No. 16A, Persiaran Barat,
46050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

T:+603-79642600
E: remaco@tnb.com.my