On January 23, 2024, Tenaga Nasional Berhad through TNB REMACO expanded Kuwait’s power plant business by signing a long-term agreement for the Shuaiba North Power Plant and Water Distillation in Al Ahmadi, Kuwait.
Through joint venture, the long-term service agreement signed with General Electric Global Services (GE Vernova) is to provide comprehensive planned and unplanned maintenance works for gas turbines and auxiliaries at the plant, which is owned by Kuwait’s Ministry of Electricity, Water, and Renewable Energy (MEWRE).
Citing a statement from the Managing Director of TNB Genco, Ir. Muhammad Nazri Pazil, the strategic collaboration is in line with the commitment to be a leader in the global energy landscape. In addition, the two partners have their respective strengths and expertise that will ensure the reliability of Kuwait’s energy infrastructure and contribute to the broader goal of a sustainable energy transition. According to him, international cooperation is important for operational excellence and best practice. Also, it is an important starting point for fostering wider cooperation in shaping a sustainable future.
———————————–
Tanggal 23 Januari 2024, Tenaga Nasional Berhad menerusi TNB REMACO mengembangkan perniagaan loji janakuasa di Kuwait dengan mengikat perjanjian program penyelenggaraan jangka panjang bagi Loji Janakuasa dan Penyulingan Air Shuaiba Utara di Al Ahmadi, Kuwait.
Menerusi usaha sama dengan Syarikat Al Dhow Engineering yang berpangkalan di Kuwait, perjanjian perkhidmatan jangka panjang yang ditandatangani dengan General Electric Global Services (GE Vernova) itu adalah bagi menyediakan kerja-kerja penyelenggaraan menyeluruh terancang dan tidak terancang untuk turbin gas dan alat bantunya di loji yang dimiliki Kementerian Elektrik, Air dan Tenaga Boleh Baharu (MEWRE) Kuwait.
Memetik kenyataan dari Pengarah Urusan TNB GENCO, Ir. Muhammad Nazri Pazil, kerjasama strategik itu sejajar dengan komitmen untuk menjadi peneraju dalam kemajuan landskap tenaga global. Tambahnya lagi, kedua-dua rakan kongsi tersebut mempunyai kekuatan dan kepakaran masing-masing yang akan memastikan kebolehpercayaan infrastruktur tenaga Kuwait dan menyumbang kepada matlamat lebih luas dalam peralihan tenaga kelestarian. Menurut beliau lagi, kerjasama antarabangsa adalah penting untuk kecemerlangan operasi dan amalan terbaik serta merupakan titik permulaan penting untuk memupuk kerjasama lebih luas dalam membentuk masa depan mampan.