Skip to main content

Sempena kehadiran Syawal yang mulia ini, seluruh warga kerja TNB REMACO ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H kepada para pelanggan yang dihormati, rakan niaga, serta seluruh warga industri tenaga.

Aidilfitri adalah simbol kemenangan selepas sebulan menunaikan ibadah puasa, dan juga kesempatan untuk kita menyemai nilai kesyukuran, mengukuhkan silaturahim serta mengeratkan semangat muafakat dalam komuniti dan dunia korporat.

Kami amat menghargai sokongan, kepercayaan serta kerjasama yang telah terjalin sepanjang tahun ini. Sesungguhnya, kami beriltizam untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik demi masa depan tenaga yang lebih mampan dan berdaya saing.

Salam tulus ikhlas dan ampun maaf daripada seluruh warga TNB REMACO.

Close Menu

TNB Repair And Maintenance Sdn. Bhd.

Level 23A PJX-HM Shah Tower,
No. 16A, Persiaran Barat,
46050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

T:+603-79642600
E: remaco@tnb.com.my