Skip to main content

Dengan penuh rasa syukur dan kebanggaan, TNB REMACO mengumumkan bahawa loji Balloki telah berjaya meraih Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Tahunan ke-22 (22nd Annual Environment Excellence Award 2025) yang dianjurkan oleh Pakistan National Forum for Environment & Health (NFEH).

TNB REMACO Balloki menerima Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar 2025

Pengiktirafan berprestij ini hadir selepas melalui proses penilaian yang ketat, sekali gus mengukuhkan komitmen TNB REMACO terhadap pematuhan piawaian alam sekitar bertaraf antarabangsa serta dedikasi berterusan dalam mengamalkan operasi yang mesra alam dan mampan.

Kejayaan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada pasukan Balloki, malah turut memperteguh reputasi TNB REMACO sebagai penyedia perkhidmatan tenaga yang mengutamakan kelestarian, inovasi hijau, dan tanggungjawab sosial.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja Balloki atas usaha tanpa mengenal penat lelah, dedikasi, dan komitmen yang tinggi. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif hijau dan pencapaian gemilang di masa hadapan.

Close Menu

TNB Repair And Maintenance Sdn. Bhd.

Level 23A PJX-HM Shah Tower,
No. 16A, Persiaran Barat,
46050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

T:+603-79642600
E: remaco@tnb.com.my