Skip to main content

KUALA LUMPUR: TNB Repair and Maintenance Sdn Bhd (TNB Remaco), cabang pembaikan dan penyelenggaraan Tenaga Nasional, memenangi anugerah berprestij Frost & Sullivan Best Practices Award untuk tahun kelima berturut-turut.

Dalam satu majlis yang berlangsung baru-baru ini, TNB Remaco turut menerima jolokan Penyedia Perkhidmatan Loji Jana Kuasa terbaik tahun ini oleh Frost & Sullivan.

Ia adalah pengiktirafan ke atas jenama, kedudukannya sebagai peneraju pasaran dan portfolio perkhidmatan yang berkembang pantas.

Anugerah Amalan Terbaik Frost & Sullivan itu menghargai syarikat di peringkat serantau dan global yang memiliki kepimpinan unggul, inovasi dalam teknologinya, perkhidmatan pelanggan dan strategik pembangunan produk.

Ia adalah penanda aras bagi penganalisis industri terhadap peserta pasaran dan kayu ukur kepada prestasi masing-masing menerusi satu penilaian yang bebas, temubual, dan kajian industri peringkat kedua sebelum pengiktirafan diberikan.

Anugerah itu disampaikan kepada Pengarah Urusan TNB Remaco, Anuar Yusoff oleh Pengarah Urusan Frost & Sullivan Malaysia, Hazmi Yus.

By:
BH Online (2016)

Close Menu

TNB Repair And Maintenance Sdn. Bhd.

Level 23A PJX-HM Shah Tower,
No. 16A, Persiaran Barat,
46050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

T:+603-79642600
E: remaco@tnb.com.my